Laporan Stadium
Pada hari Khamis 22 Jan 2009, bertempat di Surau Stadium Perak mlm tadi telah di adakan majlis membaca yasin bersama pemain2 Perak anjuran PAFA.Majlis membaca Yasin telah diadakan selepas solat Maghrib dan dihadiri hampir kesemua pemain-pemain. Bacaan di ketuai oleh Ustaz Norazli iaitu Timb. Pengurus pasukan Perak. Majlis turut dihadiri beberapa orang ahli kelab penyokong Perak.
Ustaz Norazli turut berdoa agar pasukan akan lebih diberkati dan pemain-pemain akan lebih bersemangat di atas padang. beliau turut memberi tazkirah yang menarik sementara menunggu masuknya waktu Isyak.
Dlm tazkirah tersebut, Ust Azli memberitahu pemain-pemain agar bermain dengan bersungguh2 kerana karier mereka sebagai pemain bola sepak merupakan satu kurniaan Allah swt, oleh itu mereka harus lah menjadikan karier mereka ini lebih berkat dan dirahmati, kerana mereka mencari rezeki untuk keluarga melalui cara ini.
ustaz norazli juga memberitahu pemain2 agar menjaga tingkah laku mereka di luar padang dan dalam padang kerana mereka merupakan public figure, oleh itu setiap gerak geri mereka akan diperhatikan dan dinilai oleh orang ramai. Beliau berharap tiada pemain yang akan menimbulkan masalah yang boleh menjejaskan nama baik negeri dan keluarga khas nya.
Pemain juga kelihatan sangat tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust Azli , ini tidaklah menghairankan kerana Ust Azli pernah bertugas sebagai seorang guru dakwah Jabatan Agama dan bagi beliau dakwah bukan hanya di masjid, malah semua tempat di pelusuk muka bumi ini.
Aalah Ust Azli juga akan mengadakan kelas agama untuk pemain2 Perak jika mempunyai kelapangan, ini untuk memberi kekuatan dalaman kepada mereka dalam mengharungi kehidupan di dalam dan luar padang.
Beliau yang akan ke Mesir pada minggu hadapan ,dalam misi menyampaikan bantuan kemanusian dari Malaysia juga berharap semua hadirin dapat mendoakan pemergian beliau kesana dan dapat pulang dengan selamat.
Majlis diakhiri dengan solat isyak berjemaah dan jamuan makanan yang disediakan oleh pihak Sajian Seri Perak.
0 comments:
Post a Comment