Tuesday, November 18, 2008

TAJAAN 2 JUTA

Pafa dapat tajaan RM2 juta

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) kini boleh menarik nafas lega.Ketika kedudukan kantung mereka berada pada tahap yang membimbangkan, sebuah syarikat tampil untuk menyuntik dana berjumlah RM2 juta untuk pengurusan skuad Seladang dalam saingan bola sepak Liga Super musim 2009.Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, sumbangan berkenaan akan digunakan untuk membayar gaji pemain, penginapan dan pengangkutan.Selain itu katanya, pembentukan skuad Piala Presiden dan Piala Belia juga akan menggunakan sumbangan tersebut.Dia percaya sumbangan itu akan membolehkan skuad Seladang membentuk sebuah pasukan yang mantap kelak.Sumber tersebut mengakui perpindahan semua pemain utama musim lalu kerana mereka bimbang masa depan tidak terjamin apabila Pafa berdepan masalah kewangan.Sebelum ini, pemangku Presiden Pafa, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah mendedahkan bahawa persatuan itu sedang menanggung hutang berjumlah RM2.9 juta termasuk tunggakan gaji pemain skuad Seladang.Antara pemain utama yang telah berpindah ke negeri termasuk penjaring terbanyak, Mohd Khalid Jamlus, Mohd. Hardi Jaafar, K. Nanthakumar, Mohd. Hamsani Ahmad dan Mohd. Nasril Nourdin.Kini Perak terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pemain muda yang membarisi skuad Piala Presiden musim lalu.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terpilih sebagai Presiden Pafa pada Kongres Tahunan Pafa ke-51, Sabtu lalu perlu mencari jalan untuk menyelesaikan hutang itu.Selain itu, Perak juga perlu bertindak pantas menyediakan skuad Seladang untuk beraksi dalam Liga Super yang bermula 3 Januari akan datang.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan 1 Disember sebagai tarikh akhir mengemukakan senarai pemain yang akan beraksi dalam Liga Super kelak

0 comments: