FRIENDLY GAME
Khamis 20 November 2008Stadium TLDM, Lumut4:45 petang
(Tertakluk pada perubahan disaat akhir)
Satu perlawanan persahabatan bakal diadakan oleh pasukan Perak menentang pasukan TLDM pada hari khamis ini bagi menguji tahap keserasian para pemain yang telah dipilih oleh panel pemilihan pemain tempohari.Perlawanan persahabatan pertama telah diadakan di Stadium Ipoh pada 11 November 2008 dan berkesudahan Perak mendahului 1 gol melalui jaringan Razali Umar sebelum pengadil memberhentikan perlawanan tersebut pada minit ke 28 kerana hujan lebat.Untuk rekod, pasukan TLDM sebenarnya baru sahaja menjuarai Kejohanan Bola Sepak Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2008 pada 7 November yang lalu apabila mengalahkan pasukan Tentera Darat Malaysia dengan jaringan 1 - 0.Dijemput kepada semua peminat-peminat bolasepak Perak untuk hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan tersebut dan masuk adalah percuma. Krew seladang.net akan cuba untuk membuat liputan pada perlawanan tersebut.
0 comments:
Post a Comment