Perak 0 - 1 Pulau Pinang
Pasukan Bolasepak Perak tewas 0-1 di gelanggang sendiri kepada pasukan yang kini menghuni tangga ke 11 Liga Super iaitu Pulau Pinang semalam. Satu gol sudah cukup untuk Skuad Harimau Kumbang itu pulang dengan tiga mata penuh.
Sebaik sepak mula, Perak sudah menampakkan kehambaran dengan aksi longlai yang membosankan walaupun sekali sekala membuat serangan ke kubu lawan. Peluang terbaik Perak untuk menjaringkan gol hadir melalui Mohd Saufi Sa’aidi pada minit ke 39 apabila percubaannya sekadar singgah di tiang gol lawan.
Pulau Pinang kerap kali menguji kubu pertahanan Perak. Ini jelas apabila Kamarul Effendi dikerah untuk berkerja keras mengekang percubaan-percubaan daripada pasukan lawan.
Perak cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan mengatur beberapa gerakan ke kubu pertahanan lawan, namun gagal disudahkan oleh barisan serangan Perak yang diketuai oleh Mohd Saufi Sa’aidi.
Sebaliknya, pasukan lawan berjaya memperoleh gol tunggal perlawanan 2 minit selepas Perak melakukan pertukaran yang pertama dengan mengeluarkan Hafiz Abd Rahman untuk pemain bawah 20 tahun, Mohd Safwan Mahayuddin.
Gol dari pasukan pelawat berpunca daripada hantaran lintang yang disudahkan oleh S. Thinagaran dengan tolakan mudah menewaskan Kamarul Effendi.
Pada minit ke 80 Muhammad Zafran dimasukkan menggantikan K Thinagaran dan seminit selepas itu, Perak membuat pertukaran ketiga dengan memasukkan Benedict Martin menggantikan Isma Alif Salim.
Segalanya dilihat sudah terlewat apabila Pulau Pinang mula mengukuhkan pertahanan mereka. Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan 3 minit, Perak cuba mencari gol penyamaan namun segalanya sia-sia.
Untuk perlawanan ke 14 TM Liga Super 2009, Perak akan bertandang ke Stadium MBPJ untuk menentang UPB-Myteam pada 05 Mei 2009 ini.
Kesebelasan Utama:
Kamarul Effendi (PG)
Chun Keng Hong
Mohd Hafiszuan
K. Puvinderan
S. Subramaniam (K)
Mohd Nazri Kamal
Khalis Ibrahim (B20)
Hafiz Abdul Rahman - 1
Isma Alif - 3
K. Thinagaran - 2
Saufi Sa’aidi
Pertukaran:
Mohd Safwan Mahayuddin- 1
Muhammad Zafran- 2
Benedict Martin- 3
0 comments:
Post a Comment