Pulau Pinang 1 - 2 Perak
Perak mencatatkan kemenangan kelima musim ini apabila menewaskan pasukan Pulau Pinang pada perlawanan ke 10, TM Liga Super 2009 di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi dengan kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Razali Umar Kandasamy.
Perak bermula garang seawal minit kedua melalui Isma Alif apabila menerima bola lambungan rakan namun ditanduk sipi kearah pintu gol Pulau Pinang. Minit ke 10 giliran Razali Umar memecah benteng lawan namun hantaran lintang beliau tidak disambut pemain lain.
Selepas itu Perak lebih banyak menguasai permainan tetapi pasukan tuan rumah sekali sekala mengancam dengan serangan balas pantas namun berjaya dipatahkan dengan baik oleh barisan pertahanan Perak yang diketuai oleh Chun Keng Hong sebagai ketua pasukan.
Perak tidak menunggu lama pada separuh masa kedua apabila Razali Umar berjaya meledakkan gol pertama pada minit ke 51 hasil bola “terlepas” dari tangkapan penjaga gol lawan dan ini menimbulkan kontroversi apabila cuba dibantah oleh pemain Pulau Pinang.
Tersentak dengan jaringan itu, pasukan Pulau Pinang melancarkan beberapa siri serangan pantas kearah kubu pasukan Perak dan hasilnya Mohd Faile berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 64 untuk menjadikan kedudukan terikat 1 - 1.
Sebelum itu, Perak membuat pertukaran pertama pada minit ke 58 dengan mengeluarkan Arsyah Ayob dan memasukkan pemain pertahanan, Hafiz Abdul Rahman. 10 minit berselang, Wan Hossen masuk untuk menggantikan tempat Khalis Ibrahim dibahagian tengah.
Bermula dari lontaran ke dalam, Razali Umar menceriakan kira-kira 600 orang penyokong setia Perak pada minit ke 77 apabila larian solonya berjaya memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol lawan.
3 minit kemudian pasukan tuan rumah ditimpa malang apabila pemain mereka menerima kad merah gara-gara terjahan keras keatas penjaga gol Perak Kamarul Effandi. Perak membuat pertukaran terakhir pada minit ke 40 dengan mengeluarkan Isma Alif untuk K. Thinagaran.
Perlawanan tamat selepas tambahan masa 5 minit dengan dua pemain Perak menerima kad kuning iaitu Wan Hossen dan Razali Umar. Perlawanan seterusnya untuk pasukan Perak adalah menentang Pahang pada hari Sabtu 4 April 2009 di Stadium Perak, Ipoh.
Kesebelasan Utama:
Kamarul Effandi (PG)
Chun Keng Hong (K)
Mohd Nor Hazrul
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Khalis Ibrahim (B20) - 2
Mohd Arsyah Ayob - 1
Muhd Nazri Kamal
Isma Alif - 3
Razali Umar
Saufi Sa’aidi
Pertukaran:
Hafiz Abdul Rahman - 1
Wan Hossen - 2
K. Thinagaran - 3
0 comments:
Post a Comment