Wednesday, February 4, 2009

SDM Kepala Batas (1) 0 - 7 (4) Perak

Skuad seladang benar-benar berpesta gol malam tadi apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, SDM Kepala Batas dengan jaringan 7 - 0 di Stadium Batu Kawan malam tadi pada perlawanan TM Piala FA musim 2009 pusingan 1 timbal balik kedua.

Secara aggregat pasukan Perak melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan besar 11 - 1 mengatasi pasukan SDM Kepala Batas yang rata-rata diwakili pemain-pemain dari Angkatan Laut Diraja Malaysia yang berpengkalan di Lumut, Perak.

Pesta gol yang disaksikan kira-kira 500 orang penonton itu bermula seawal minit ke 6 apabila Isma Alif membuat hantaran lambung dari sebelah kanan mencari Mohd Nazri Kamal yang mudah merembat masuk untuk gol pertama Perak malam itu.

Razali Umar menambah gol kedua pasukan pada minit ke 24 apabila hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan sebelum Chun Keng Hong menanduk masuk gol ketiga hasil dari sepakan sudut Isma Alif, 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Perak menggandakan asakan kearah kubu pasukan lawan dan hasilnya pada minit ke 53, Mohd Hafiszuan menjaringkan gol keempat buat pasukan Perak selepas menerima bola hantaran cantik dari K. Thinagaran.

5 minit berselang Razali Umar sekali lagi bijak meloloskan bola melepasi jangkauan penjaga gol lawan untuk gol kelima setelah menerima bola hantaran pemain bawah 20 tahun Perak iaitu Wan Hossen dari sebelah kiri pintu gol lawan.

Berkedudukan selesa mendahului dengan 5 gol, M. Karuthu membuat 2 pertukaran iaitu mengeluarkan Mohd Syazwan untuk Arsyah Ayob dan Isma Alif digantikan dengan pemain yang pertama kali diturunkan iaitu Mohd Hafiz Abdul Rahman.

K. Thinagaran turut menyumbangkan gol keenam pasukan Perak apabila bertindak bijak memperdayakan penjaga gol lawan yang menerpa keluar dan mudah menolak masuk hantaran Wan Hossen pada minit ke 81 separuh masa kedua.

Perak membuat pertukaran terakhir dengan memasukkan Safwan Mahayuddin yang menggantikan Wan Hossen. Razali Umar nyaris mencipta hattrik malam tadi apabila rembatan beliau terkena tiang sebelah kiri pada minit ke 87.

Gol terakhir pasukan Perak disumbangkan oleh Mohd Arsyah Ayob pada minit ke 90 setelah berjaya melepasi perangkap offside sebelum pengadil meniup wisel penamat perlawanan malam itu untuk kemenangan besar buat skuad seladang dengan 7 - 0.

Dengan kemenangan ini pasukan Perak dijangka akan bertemu dengan pasukan Kuala Muda Naza pada 21 Februari ini di Stadium Perak sebelum berkunjung ke Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 24 Februari 2009 untuk perlawanan timbal balik kedua.
Keputusan Perlawanan Lain 3 Februari 2009

My Team (2) 3 vs 0 (1) Proton FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Johor (0) 3 vs 0 (4) Kelantan
Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus

Felda United FC (2) 0 vs 2 (1) PDRM
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Shahzan Muda (0) 2 vs 1 (1) T-Team
Stadium Darul Makmur, Kuantan

ATM (1) 0 vs 2 (6) Sarawak
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Johor FC (0) 0 vs 0 (1) Pulau Pinang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Melaka (0) 1 vs 2 (0) Negeri Sembilan
Stadium Hang Jebat

Perlis (4) 2 vs 0 (0) MBJB FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Sabah (1) 0 vs 1 (1) Kuala Lumpur
Stadium Likas

Pasukan yang berhuruf besar layak kepusingan 2 TM Piala FA 2009.

0 comments: