Perak 2 - 3 Kelantan
Selasa 10 Februari 2009Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak tewas 2 - 3 kepada Kelantan di Stadium Perak malam tadi pada perlawanan yang dilangsungkan dalam hujan lebat. Mohd Nor Farhan menyumbangkan gol pertama untuk pasukan pelawat seawal minit ke 19 melalui satu percubaan dari sudut kiri yang sukar.
Belum pun sempat pemain Perak menyusun semula rentak permainan, Khalid Jamlus merembat leret gol kedua Kelantan pada minit ke 26 hasil hantaran menarik yang mudah menewaskan penjaga gol Perak, Megat Amir Faisal.
Namun gol kedua tersebut tidak melemahkan semangat pemain muda Perak apabila gol pertama yang dinanti-nantikan akhirnya tiba apabila Razali Umar berjaya meloloskan diri dari perangkap offiside Kelantan untuk menjaringkan gol pertama pasukan seladang hasil hantaran jauh dari pemain pertahanan pada minit ke 35.
Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan masih lagi Kelantan mendahului Perak dengan 2 - 1. Pada separuh masa kedua hujan telah mulai berhenti dan permainan bersambung sambil disaksikan oleh kira-kira 12 ribu orang penyokong Perak.
Separuh masa kedua, pasukan Perak bermula garang apabila Shahrizal Saad berjaya menjaringkan gol penyamaan seminit kemudian untuk pasukan Perak menyamakan kedudukan hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol Kelantan.
Bermula dari itu, kedua-dua pasukan dilihat sering berbalas serangan dengan pasukan Perak lebih sedikit mengawal permainan berbanding pasukan Kelantan yang lebih gemar bertahan sambil melengah-lengahkan masa permainan.
Namun dipenghujung permainan pasukan Kelantan jelas bernasib baik apabila Mohd Nor Farhan menyambut hantaran lintang dari sebelah kanan Perak untuk merembat masuk gol kemenangan pasukan pantai timur itu dengan keputusan 3 - 2.
0 comments:
Post a Comment