Wednesday, December 24, 2008

Selangor 5 Perak 1

"Saya ingin mencuba barisan pemain yang berfizikal besar pada kesebelasan utama perak pada perlawanan hari ini dan merehat barisan pemain yang lincah dan pantas untuk melihat sejauh mana keberkesanan mereka bermain dengan game play yang berbeza".
"Kalah atau menang bukan menjadi ukuran kerana saya sudah memiliki senarai pendek pemain untuk bermain dalam kesebelasan utama nanti cuma saya perlu membuat lebih banyak resepi sebelum liga bermula January nanti".Begitulah antara kata-kata penting jurulatih Perak M.Karathu sebelum sepak mula perlawanan dilangsungkan menyaksikan Perak tewas 5-1 kepada tuan rumah Selangor.
Selangor yang menurunkan barisan utama mereka bermula garang apabila berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama melalui Amirul Hadi Zainal dengan dua gol dan satu gol oleh Amri Yahya, dan R.Surendren.
Pada separuh masa kedua Perak berjaya mendapatkan 1 gol mealu K.Puvendren hasil dari sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Selangor, Nasril Nordin.
Safee sali gagal menjaringkan gol pertama beliau apabila sepakan penalti pertama beliau gagal diambil dengan mudah apabila ia melantun terkena palang gol.Pada awalnye beliau dikasari oleh Megat amir didalam kotak penalti.Rudy Ramly menyumbat gol kelima Selangor seblum wisel penamat dibunyikan.

0 comments: