Wednesday, December 3, 2008

Perak Vs PKNS FC Test Match result

Perak 3 - 0 PKNS FC


Perak berjaya menewaskan pasukan PKNS FC pada perlawanan ’test match pertama’ yang diadakan di Stadium Perak, Ipoh petang tadi dengan keputusan 3 - 0. Kehadiran penonton juga agak baik apabila jumlah mereka mampu memenuhi sebahagian kawasan grandstand.
Gol pertama Perak dijaringkan oleh Shahrizal Saad melalui satu tandukan lambung yang cantik melepasi jangkauan penjaga gol lawan hasil sepakan percuma dari sebelah kiri diluar kotak penalti PKNS FC yang diambil oleh Benedict Martin.
Bersambung pada babak kedua permainan, Razali Umar pula menyumbat gol kedua pasukan juga melalui tandukan hasil sepakan percuma yang diambil oleh Benedict Martin.
Chun Keng Hong turut meletakkan nama beliau sebagai senarai penjaring apabila mudah menolak masuk bola muntah dari penjaga gol lawan hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol yang berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh Benedict Martin.
Penolong Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan keputusan tersebut namun pada hakikatnya masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki pada perlawanan yang akan datang nanti.
“Kita akan mengadakan beberapa lagi siri perlawanan “test match” dengan pasukan yang lebih hebat sekitar bulan Disember ini termasuk perlawanan di Lembah Klang untuk memenuhi permintaan pasukan lawan dan peminat disana”
“Terima kasih kepada peminat yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan petang tadi dan semoga kemenangan ini menjadi pendorong semangat untuk pemain mencapai kemenangan ketika menentang Kuala Muda Naza minggu hadapan” ujar beliau

0 comments: