Perak 1 - 1 Kuala Muda Naza
Perak mengikat Kuala Muda Naza 1- 1 pada perlawanan test match kedua yang diadakan di Stadium Perak petang semalam.Gol pertama pasukan pelawat hadir seawal separuh masa pertama hasil tandukan Liew Kit Kong berpunca dari sepakan sudut.
Hujan yang turun agak renyai-renyai petang tersebut membuatkan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati membuat hantaran dan juga gerakan.Tamat separuh masa pertama kekal keputusan 1 KM Naza 0 Perak.
Bersambung babak kedua permainan, hujan telah pun reda dengan Perak membuat pertukaran pelbagai posisi dan hasilnya pada minit 63, Benedict Martin menyempurnakan satu sepakan percuma dari luar kotak penalti lawan melencong masuk melepasi jangkauan Azizon Kadir untuk menjadikan keputusan 1-1.
Selepas itu terdapat beberapa percubaan menarik yang dibuat melalui Razali Umar namun gagal untuk menambahkan jaringan.Jurulatih Perak, M.Karathu ketika ditemui berkata keputusan ini sudah cukup baik kerana KM Naza adalah juara liga premier tahun lalu disamping mempunyai barisan pemain yang berpengalaman.
Kehadiran penonton yang hadir amat menakjubkan kerana tempat duduk grandstand penuh,disamping kehadiran istimewa Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaludin.
Untuk test match seterusnya Perak akan bertemu Perlis di stadium Perak.
0 comments:
Post a Comment