Wednesday, November 12, 2008

Hardi milik Selangor

USAHA Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menambah kekuatan di bahagian tengah, berakhir selepas pemain kebangsaan, Mohamad Hardi Jaafar mengikat kontrak selama semusim bersama skuad Gergasi Merah itu.Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin yang berkata Hardi hadir di pejabat FAS, Sabtu lalu iaitu sebelum pemain terbabit menyertai skuad kebangsaan untuk mengharungi perlawanan persahabatan di Myanmar."Memang Hardi sudah sah menjadi milik Selangor. Perak sudah bersetuju melepaskan pemain itu walaupun masih mempunyai baki kontrak selama setahun lagi," kata Hamidin.Musim lalu, Hardi, 29, beraksi di bahagian tengah skuad Perak. Dia pernah memikul tanggungjawab selaku kapten skuad Telekom Melaka ketika musim 2005.Dengan kemasukan Hardi, Hamidin berkata skuad Selangor kini boleh dianggap sebagai lengkap dan semua pemain yang menandatangani kontrak bersama Gergasi Merah itu tidak berdepan masalah untuk menyertai perlawanan pertama Liga Super, awal tahun depan.

0 comments: